KPT, KKM bincang isu graduan perubatan ‘lari’ ke luar negara

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung isu graduan perubatan yang berhijrah ke negara lain sebaik tamat pengajian.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap isu akan dilihat satu persatu dan mencari apakah punca sebenar yang berlaku.

“Kita akan berbincang dan minta KKM maklum berapa banyak unjuran-unjuran tempat yang ada dan berapa ramai graduan yang perlu kita sediakan.

“Kadang-kadang kita hadkan pengambilan pelajar perubatan kerana kita tahu pada akhirnya apabila mereka keluar nanti, kerajaan tidak dapat sediakan pekerjaan kerana keperluan negara juga ada hadnya, jadi nanti ramai pelajar yang layak ambil perubatan pula akan lahirkan rasa tidak puas hati kenapa kerajaan hadkan tempat.

“Sebab itu, kita terpaksa fikir secara seimbang antara kehendak tuntutan pelajar yang sangat berminat untuk ambil jurusan itu dengan apa yang nak jadi pada mereka apabila mereka tamat pengajian nanti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Faizin di FELDA Air Tawar 2, hari ini.

Baca artikel lain: MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua beroperasi Mac

Terdahulu, bekas Dekan Universiti Malaya (UM), Dr Adeeba Kamarulzaman dalam satu ciapan Twitter mendedahkan sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan terbaik yang dilahirkan universiti berkenaan meninggalkan Malaysia saban tahun.

Beliau mendakwa, keadaan itu berlaku berikutan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu dalaman kakitangan penjagaan kesihatan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, situasi itu berlaku disebabkan adanya tawaran dari luar negara dan dimohon graduan tempatan berikutan isu penempatan dalam negara sendiri.

“Dia berasaskan kepada apabila graduan tamat pengajian, memang ada yang buat permohonan di pelbagai tempat, termasuk luar negara. Memang ikut kebiasaan, daripada jumlah keseluruhan graduan perubatan ini, memang mereka biasa lakukan (berhijrah ke luar negara).

“Ini kerana, isunya adalah soal penempatan yang tidak mencukupi atau pun yang memang tiada sebenarnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This