Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERMOHONAN kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac bagi Fasa Pertama.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, manakala bagi permohonan Fasa Kedua bermula dari 14 April hingga 18 Mei depan.

Katanya, permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 universiti awam (UA), 36 politeknik, 106 kolej komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Jelas KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau tanpa ujian dibuka bagi Fasa Kedua.

Baca artikel lain: Hujan lebat banjiri khemah di Selatan Gaza

“Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

“Sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau setaraf oleh UA, politeknik, kolej komuniti dan MARA BPT seluruh negara,” katanya hari ini.

KPT memaklumkan pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 mesin teler automatik (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Februari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This