SEORANG pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa Muhammad Fawwaz Ab Razak, 20, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y152ZR dari arah stesen minyak ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Long Yunus.
“Sampai di lokasi, tiba-tiba sebuah kereta Proton Inspira yang dipandu pelajar berusia 23 tahun dari lorong kiri membuat pusingan U dan menghalang laluan mangsa.
“Mangsa kemudian gagal mengelak dan melanggar sisi kanan kereta sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Inspektor maut selepas kereta dipandu rempuh tiang lampu dekat Tumpat
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kubang Kerian bagi tujuan bedah siasat.
Mohd Rosdi berkata, semakan mendapati mangsa tidak mempunya lesen memandu dan memakai topi keledar keselamatan ketika kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

