ANGKA kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Türkiye pada Isnin meningkat kepada 5,894, menurut Naib Presiden Fuat Oktay pada Rabu.
Bercakap pada sidang akhbar, Oktay berkata jumlah yang cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu seramai 34,810.
“Kehilangan setiap seorang rakyat amat menyedihkan kami,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Oktay.
Baca artikel lain: WTCKL buka pusat jagaan bayi dan kanak-kanak, jalin kerjasama dengan Kiddocare
Beliau berkata pihak berkuasa masih meneruskan misi mencari dan menyelamat.
Sebanyak 5,775 bangunan runtuh dan lebih 8,000 orang diselamatkan.
Pada awal pagi Isnin, gempa bumi bemagnitud 7.7 menggegarkan Kahramanmaras, diikuti gegaran berkekuatan 7.6 pada skala Richter itud kira-kira sembilan jam kemudian yang menjejaskan beberapa wilayah lain termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Gempa bumi turut memusnahkan negara jiran Syria.
Menurut dpa, 2,270 orang terbunuh berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan dan organisasi penyelamat White Helmets.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

