Kemalangan maut membabitkan van persiaran di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands. GAMBAR: Polis

POLIS mengesahkan angka kematian kemalangan maut membabitkan van persiaran di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands kini meningkat kepada tujuh orang kesemuanya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa ketujuh, Chang Them Kong, 70, disahkan maut semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kemalangan pada pukul 1.15 tengah hari tadi berlaku semasa pemandu bersama 12 orang penumpang wanita serta seorang lelaki dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang.

Baca artikel : Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian, van persiaran terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Akibat kemalangan, pemandu, Wong Choun Chiet, 49, maut di lokasi bersama lima orang penumpang iaitu Foong Ah lan, 67, Lee Moy, 67, Goh Siew Kim, 61, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemandu bersama lima orang penumpang maut di lokasi kejadian. GAMBAR: Polis

Jelasnya, enam penumpang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala dua penumpang lagi dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan dan telah dipindahkan ke Hospital Temerloh.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ramli berkata, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dan dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram