Pembantu jurulatih Kelantan FC masuk Islam

Dari Penulis

PEMBANTU jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk agama Islam, hari ini.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan menerusi kenyataan di laman media sosial TRW Kelantan FC dengan Pol Corpas kini akan menggunakan nama Abu Bakar.

Menurutnya, pembantu jurulatih itu disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman.

“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan.

“Perkara itu disaksikan Coach Rezal, Coach Azli, Coach Abdul Rahman dan Encik Qusmaini. Beliau akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,” kata kenyataan itu.

Abu Bakar sudah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

Norizam di Facebook miliknya turut mengesahkan perkara itu sambil menjelaskan tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.

“Benarlah hidayah itu milik Allah. Nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa. Mulai esok saya nak panggil dia Abu Bakar,” katanya.

Pada entri berasingan, Norizam merakamkan terima kasih beliau kepada wakil Hidayah Centre Foundation yang membantu menguruskan hal-hal berkaitan pendaftaran Syahadah.

“Syahadah berlaku di Hotel Zamburger Kota Warisan,Sepang Selangor.Team Coaches menginap sementara disini.

“Alhamdulillah. Laju kerja dan moga dipermudahkan olehNya,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This