Tak tahu nak sarapan apa? Jom kita try masak, fettucini aglio olio pagi ni. Apa salahnya sesekali kita tukar selera barat. Selain sedap dan mudah malah ia cepat disediakan. Bahan-bahannya pun taklah susah mana. Jom, cepat tolong mama kat dapur.

FETTUCNI OGLIO OGLIO
BAHAN
1 paket pasta fettucini – rebus hingga lembut
500 gm udang sederhana besar – buang kulit
3 ulas bawang putih – cincang halus
¼ cawan daun parsli – cincang kasar
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih.

2.Kemudian masukkan udang. Goreng hingga udang bertukar warna.

3.Perasakan dengan perahan jus lemon, kiub ayam, sedikit serbuk lada putih dan juga garam. Kacau rata.

4.Akhir sekali masukkan fettucini dan taburkan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

