SEEKOR babi hutan jantan dianggarkan seberat 200 hingga 300 kilogram menjadi sensasi di Pattaya selepas ia tidak tumbang meskipun disumpit ubat pelali sebanyak lima kali.
Memetik laporan Pattaya News, kelibat haiwan itu dikesan pada pukul 7.30 malam kelmarin, sekitar Big C Extra, Central Pattaya.
Anggota penyelamat terpaksa mengepung haiwan tersebut sebelum menyumpit ubat pelali.
Babi hutan tersebut hanya mendengus dan menggelengkan kepala dan dilihat berjalan-jalan kawasan sekitar.
Baca artikel : Patah kaki kanan elak babi hutan melintas di lebuh raya
Difahamkan, babi hutan tersebut juga telah merosakkan tanaman penduduk tempatan dan tidak takut dengan orang ramai.

Anggota penyelamat berkata, babi hutan itu dipercayai haiwan peliharaan yang hilang daripada tuannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

