Disangka maut, rupanya IC mangsa nahas Genting Highlands dipegang si mati

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG mangsa yang disangka maut dalam nahas membabitkan van persiaran di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands didapati masih hidup dan sedang menerima rawatan.

Ini selepas kad pengenalan mangsa yang disangka maut tersebut iaitu Goh Siew Kim dipegang salah seorang mangsa yang meninggal dunia.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Siew Kim, 61, masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Pada awalnya polis melaporkan mangsa seramai tujuh orang telah meninggal dunia terdiri daripada Wong Choun Chiet, 49; Foong Ah Lan, 67; Lee Moy, 67; Siew Kim; Ang Meng Hong, 62; Seow Mee Tin, 72 dan Chang Them Kong, 70 tahun.

“Namun selepas keluarga tiba membuat pengecaman di hospital didapati mangsa bernama Wong Ah Moi @ Wong Seh Moi, 83 tahun yang telah meninggal dunia memegang kad pengenalan Siew Kim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Mangsa kemalangan maut dekat Genting Highlands kini tujuh orang

Mengulas lanjut, Ramli mengesahkan seramai tujuh mangsa masih menerima rawatan masing-masing di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Temerloh.

Beliau turut memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan pihak polis masih menjalankan siasatan.

Kemalangan pada pukul 1.15 tengah hari semalam itu berlaku semasa pemandu bersama 12 orang penumpang wanita serta seorang lelaki dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian, van persiaran terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This