TIADA warganegara Malaysia terlibat dalam nahas dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung di selatan Sepanyol yang mengorbankan lebih 40 penumpang, Ahad lalu.
Pengesahan itu dimaklumkan Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kementerian Luar, pengesahan itu berdasarkan maklumat terkini diperoleh daripada pihak berkuasa Sepanyol.
Bagaimanapun, Kementerian Luar yang turut dikenali sebagai Wisma Putra itu akan terus memantau perkembangan insiden berkenaan secara dekat.
Pada masa sama, kementerian itu akan turut menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu.
“Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sudah melaksanakan usaha bersepadu bagi mengesahkan kemungkinan pembabitan warga Malaysia.
Baca artikel lain: Matriks Pembelajaran Malaysia tak beri tekanan, buka peluang tambah baik – Fadhlina
“Usaha ini dilaksanakan menerusi libat urus secara langsung dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Ahad lalu, media sebelum ini melaporkan bahawa angka korban nahas tren berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol itu meningkat kepada 41 orang pada 20 Januari lepas, dengan pihak berkuasa bimbang dua lagi mayat mungkin ditemukan di bawah bangkai tren.
Kemalangan dilaporkan berlaku berhampiran Adamuz, di wilayah Cordoba yang terletak kira-kira 360 kilometer (km) selatan Madrid.
Kemalangan berlaku pada jam 6.40 petang waktu tempatan kira-kira 10 minit selepas tren Iryo berlepas dari Cordoba menuju Madrid.
Iryo ialah pengendali kereta api swasta, majoritinya dimiliki oleh kumpulan kereta api Itali yang dikawal oleh kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

