Wanita jatuh dari tingkat 5 cedera selepas tersangkut sengkuap

Dari Penulis

SEORANG wanita cedera selepas terjatuh dari tingkat lima sebelum tersangkut pada sengkuap di tingkat empat.

Kejadian berlaku di pangsapuri Taman Setapak Indah Jaya, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.04 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Rozaidi Mat Isa berkata, bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa serang wanita berusia 58 tahun berada di sengkuap tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Budak jatuh dari tingkat 11 meninggal dunia

Jelasnya, bomba berjaya membantu mangsa dan memberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

“Punca mangsa terjatuh dipercayai akibat masalah kesihatan yang dihadapi,” katanya dan menambah operasi tamat pada pukul 10.59 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This