[VIDEO] Balu Abam kesal sejam tunggu tapi tak dapat masuk rumah arwah, Ali Puteh pula dakwa Hidayah tabur ‘benda’ khurafat keliling rumah

Dari Penulis

BALU Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan rasa kesal apabila kedatangannya ke rumah yang pernah mereka tinggal bersama di Gombak, Selangor tidak disambut baik.

Jelas Hidayah, biarpun dia sudah memberikan salam berulang kali, namun tiada seorang penghuni dalam rumah terbabit keluar untuk menyambut kehadirannya.

“Di hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahun pemergian arwah (suami), saya datang ke rumah kami.

“Sekarang saya dekat rumah saya tetapi tak ada sesiapa yang menyahut walaupun sudah tekan loceng.

“Sejam saya tunggu tapi tiada siapa yang buka pintu. Tengok ini ada kereta dan motosikal tetapi tiada siapa yang jawab salam atau keluar dari rumah,” katanya.

Hidayah berkongsi perkara berkenaan menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu arwah Abam, Nor Hidayah menang kes saman fitnah, Ali Puteh perlu bayar RM60,000

Dalam pada itu, Hidayah turut berkongsi keadaan sekeliling rumah berkenaan yang tidak terurus selain dipenuhi dengan semak samun.

“Rumah macam hutan. Sedih tengok keadaan rumah. Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa.

“Datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk. Saya datang dengan peguam tapi mereka tak bagi masuk rumah pun,” jelasnya.

Jelas Hidayah, peguamnya sudah memberikan notis 21 hari kepada adik arwah Abam iaitu Ali Puteh untuk menyelesaikan bayaran RM60,000 seperti yang diperintahkan mahkamah.

“Peguam saya dah hantar surat tempoh 21 hari untuk pihak sana serahkan kunci rumah dan buat bayaran tapi sampai sekarang masih diamkan diri.

“Saya minta pihak sana percepatkan buat bayaran RM60,000 itu,” tegasnya.

@urtv_official

Isteri arwah Abam, Hidayah luah rasa kecewa tidak dibenarkan masuk ke rumah arwah suaminya #urtv #utusantv #hidayahabam #abambocey #sembangentertainment #masukberanda #fyp

♬ original sound – urtvofficial – urtvofficial

Susulan itu, Ali tampil mempertahankan diri dan mendakwa mereka sekeluarga tidak tinggal di rumah berkenaan.

Jelas Ali, selepas arwah ibunya meninggal pada September 2021, rumah tersebut dibiarkan kosong tanpa ada penghuni.

“Saya bukan nak sebarkan aib orang…tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia.

“Apa yang saya dapat tahu daripada abang ipar dan adik, pagi tadi balu arwah Abam dan peguam datang ke sini,” katanya.

Tambah Ali lagi, dia mendakwa kawasan rumah tersebut ada garam kasar, bangkai mengkarung dan beberapa barangan lain yang seolah ada kaitan dengan perkara khurafat.

“Saya nampak ada taburan garam kasar, daun bidara dan kulit limau di keliling rumah.
Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini.

“Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar.

“Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil.

“Saya tutup mulut dan jaga aih selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya,” ujarnya dalam hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

Berkenaan bayaran RM60,000, kata Ali, dia sudah berbincang dengan peguamnya dan akan menjelaskannya secara ansuran.

“Kes mahkamah dah selesai dan saya kalah. Saya okay. Saya akan buat bayaran secara ansuran cuma menunggu jawapan,” katanya menerusi video di Instagram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This