PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy sebagai bermulut celupar.
Ini selepas pemimpin DAP itu menggesa Kerajaan Perpaduan menamatkan dominasi Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.
Ahmad Zahid menegaskan, tidak perlu melayan kenyataan Ramasamy yang didakwa terkenal dengan keceluparannya.
Beliau yakin pimpinan tertinggi DAP akan menguruskan perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka untuk memilih tindakan sewajarnya.
“Beliau memang dikenali sebagai ‘loose canon’. Kita tidak perlu layan kenyataan dia. Biarlah kepemimpinan partinya yang menangani perkara ini”, katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), hari ini.
Baca artikel lain: Pemimpin DAP diingat jangan lagi timbulkan polemik – Loke
Sebelum ini, Ramasamy dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melakukan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam supaya ia tidak lagi hanya didominasi oleh satu kaum.
Kenyataan itu mengundang pelbagai kritikan baik daripada parti kerajaan mahupun pembangkang dengan Anwar juga menegaskan bahawa kerajaannya sama sekali tidak akan mengikut saranan dibuat Ramasamy itu.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu hari ini mendakwa beberapa penerbitan memutar belit hantaran Facebook peribadinya yang meminta pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

