Bunuh skandal kekasih selepas rahsia hubungan sulit terbongkar

Dari Penulis

POLIS menahan tiga pekerja cuci kereta warga India yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki sebelum mayatnya ditemui terapung di tasik belakang Masjid Raja Haji Fisabilillah, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, suspek pertama berusia 23 tahun dan suspek kedua 41 tahun ditahan bersama tiga buah telefon di Kampung Sri Aman Puchong pada pukul 8 malam semalam.

Bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya membuat rampasan sebilah parang berukuran 0.7 meter berhulu hitam di kandang lembu bawah jambatan Lebuhraya Lingkaran Putrajaya – Cyberjaya, pukul 12.15 tengah malam tadi.

“Pada pukul 2.30 pagi, suspek ketiga berusia 52 tahun ditahan bersama sehelai seluar yang mempunyai kesan hijau dan darah serta sehelai baju lengan panjang di Taman Puchong Prima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Bunuh, tanam suami kekasih selepas hubungan sulit terbongkar

Jelasnya, siasatan mendapati motif pembunuhan berlaku hubungan sulit antara mangsa dengan kekasih suspek pertama.

Menurutnya, suspek pertama mengaku terlibat membunuh mangsa manakala suspek kedua tidak mengaku terlibat dan hanya membantu mangsa membersihkan kandang lembu.

Wan Kamarul Azran berkata, mayat mangsa dibedah siasatan di Jabatan Forensik Hospital Serdang pada pukul 10 pagi tadi.

Semalam, media melaporkan mayat mangsa ditemui oleh seorang pemancing pada pukul 10 malam.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat lima kesan tetakan di kepala dan pergelangan tangan kiri hampir putus.

Malah, lawatan di sekitar kawasan kejadian juga menemui sebuah Hilux yang telah terjunam ke dalam tasik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Cuma henti kerjasama politik, ukhuwah Pas-Bersatu perlu terus terpelihara, kata Tuan Ibrahim

KEPUTUSAN Pas menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bukan bermaksud memutuskan hubungan persahabatan dan ukhuwah yang telah terjalin antara ahli...

More Articles Like This