SEORANG lelaki warga India disyaki membunuh sebelum menanam mayat suami kepada kekasih suspek di belakang sebuah banglo di Subang Jaya pada Mei tahun lalu.
Perbuatan itu terbongkar selepas suspek berusia 30 tahun yang bekerja di pusat jagaan orang didakwa mengaku membunuh dan menanam rakan senegaranya itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima satu laporan dibuat orang awam berkaitan pengakuan itu pada pukul 4.45 petang, Khamis lalu.
Bertindak daripada pengakuan tersebut, beliau berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, melakukan soal siasat lanjut terhadapnya.
“Suspek telah menunjukkan lokasi kejadian mangsa dibunuh serta lokasi mangsa ditanam iaitu di sebuah rumah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua.
“Suspek kemudian menunjukkan lokasi mangsa ditanam di lereng bukit belakang rumah banglo tersebut.
Baca artikel berkaitan: Gadis cuba bunuh diri di Jambatan Wawasan diselamatkan orang awam
“Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menjumpai bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai dibunuh dengan dikelar di bahagian leher menggunakan pisau sekitar Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, kata beliau, senjata pembunuhan dalam kejadian itu masih belum ditemukan.
Susulan itu, beliau memaklumkan, polis telah menahan isteri mangsa iaitu warga India yang juga kekasih suspek bersama dua wanita tempatan serta seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun.
“Kesemua yang ditahan bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan.
“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek warga India itu tidak memiliki pasport, dan semua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.
Wan Azlan memberitahu, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.
“Kita turut menyiasat termasuk dari aspek penglibatan isteri mangsa secara langsung dalam insiden ini kerana laporan dibuat oleh rakan mangsa dan bukan isteri si mati,” ujarnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

