Polis buru lelaki larikan Volkswagen MK6 GTI depan bengkel pemilik

Dari Penulis

SEORANG pemilik bengkel kereta terpaksa berputih mata apabila Volkswagen MK6 GTI miliknya hilang sekelip mata dilarikan seorang lelaki tidak dikenali pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa telah meletak kenderaan di hadapan bengkel miliknya di Jalan Utarid U5/3, Taman Mutiara Subang dalam keadaan berkunci.

Beliau berkata, mangsa berusia 38 tahun itu kemudian telah mendengar enjin kereta miliknya dihidupkan dan terus bergerak laju pada pukul 5.15 petang.

“Mangsa mendapati suspek seorang lelaki Melayu tidak dikenali telah melarikan kenderaannya.

“Mangsa bersama seorang rakan terus mengejar suspek dengan menaiki motosikal tetapi gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Honda Civic EG parkir depan rumah lesap dalam tempoh empat minit

Jelasnya, ketika berada di kawasan stesen minyak, mangsa dapati kenderaannya terhenti dalam kesesakkan lalu lintas.

“Mangsa sempat memecahkan cermin hadapan, namun suspek terus memecut kenderaan melarikan diri menghala ke Lebuhraya Damansara-Shah Alam dan melanggar beberapa kenderaan lain,” ujarnya.

Shafa’aton berkata, semakan kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati suspek telah turun daripada sebuah Perodua Myvi warna Kelabu dengan nombor pendaftaran tidak pasti lalu terus masuk ke dalam kenderaan mangsa dan melarikan diri.

“Setakat ini, polis telah merakam percakapan saksi yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This