Honda Civic EG parkir depan rumah lesap dalam tempoh empat minit

Dari Penulis

SEORANG penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kereta kesayangan Honda Civic EG yang diparkir di hadapan rumahnya dekat Jalan Permai Jaya, Tasik Tambahan Ampang, dicuri sekumpulan individu, awal pagi tadi.

Mangsa, Rudi Dewe Putra Mustafa Kamal, 33, menyedari kereta yang baru digunakan selama dua tahun itu dicuri selepas bangun daripada tidur pada pukul 5 pagi.

“Pada pagi itu, saya keluar rumah untuk tengok kereta kesayangan. Saya dapati kereta saya telah tiada dan yang tinggal hanyalah kain bumbung kereta.

“Saya sempat tanya mak jika ada orang pakai kereta kerana kunci kereta ada pada saya,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Baca artikel berkaitan : Hilux parkir depan rumah lesap dalam tempoh tiga minit

Jelasnya lagi, hasil semakan kamera litar tertutup milik jirannya mendapati terdapat sebuah van berwarna putih dengan nombor pendaftaran tidak pasti berada rapat dengan kereta miliknya.

“Ada dua orang suspek keluar daripada van tersebut dan pergi ke kereta saya pada pukul 3.57 pagi.

“Namun tidak dapat dipastikan bagaimana suspek membawa lari kereta saya kerana CCTV tersebut dirakam mengikut masa tertentu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kereta miliknya berwarna hijau dengan nombor pendaftaran MY 9998 telah tiada dalam rakaman CCTV pada pukul 4.01 pagi.

Ceritanya lagi, sistem penggera pada kereta miliknya tidak lagi aktif berikutan pernah kehilangan kunci kereta.

Rudi Dewe Putra berkata, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya pada pukul 9 pagi tadi.

Malah, dia kini giat mendapatkan rakaman kamera CCTV di kawasan kejiranan sebagai usaha dalam menjejaki suspek.

“Sekarang ini saya tanya jiran-jiran dan kenderaan yang keluar masuk di kawasan perumahan ini jika ada rakaman atau maklumat mengenai kejadian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This