Kerajaan sekarang zalim, jauh dari ‘ciri-ciri madani’, sekat peruntukan dan susahkan pihak tidak menyokong – Hadi

Dari Penulis

PEMERINTAHAN sekarang yang dijenamakan sebagai ‘Kerajaan Perpaduan’ adalah zalim dan jauh dari ciri-ciri konsep Madani yang mereka uar-uarkan kerana sanggup melakukan pelbagai tindakan terhadap pihak yang tidak menyokong mereka demi mengekalkan kuasa.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan campuran masa kini bukan sahaja zalim kerana menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri-negeri dan ahli-ahli Parlimen, termasuk sanggup menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong mereka.

“Tindakan demikian adalah sungguh tidak bertamadun, tidak bermoral agama, dan tidak berkonsepkan demokrasi yang sebenar, malah menjadikan cara yang salah bagi mengekalkan kuasanya,” katanya dalam kenyataan Minda Presiden hari ini..

Beliau berkata, meletakkan jenama ‘Kerajaan Perpaduan’ juga adalah menyalahi istilah ilmu politik iaitu kerajaan yang tiada pembangkang atau pembangkangnya terlalu kecil laksana nyamuk.

“Selain itu, kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan, serta kalangan oportunis.

“Malah mereka disertai oleh kalangan yang dipertikai integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme, dan nepotisme yang menjadi gejala dalam kerajaannya. Betapa mereka adalah paling jauh daripada ciri-ciri madani yang mampu mencipta kemajuan yang positif dan jauh daripada konsep al-din yang wajib menjadi panduan,” tambahnya.

Katanua, semakin hari, semakin terdedah perkara-perkara yang melibatkan soal salah laku, sehingga beberapa orang pemimpin dalam komponennya sendiri membuat teguran secara terbuka kepada media melalui lisan dan tulisan, menyentuh prinsip dan integriti yang menggoncangkan kedudukan mereka.

“Keadaannya tidak mampu ditutup dengan alasan kenyataan dan tindakan menyerang parti lawan dengan tujuan menutup kelemahan mereka,” tambahnya.

Abdul Hadi berkata, Ibn Khaldun menegaskan konsep madani dalam tulisannya yang sangat bermakna iaitu:
“Manusia itu bersifat madani secara tabii.” (Ibn Khaldun, Tarikh Ibn Khaldun [al-Muqaddimah], ms. 54)

Beliau menghuraikan konsep pembangunan insan yang sebenar bagi memulihkan semula negara yang rosak atau runtuh ialah melalui kebangkitan generasi baharu dan luar bandar yang bersih daripada kejahatan salah laku dan kelekaan yang menyebabkan jatuhnya kerajaan.

“Tujuannya adalah untuk melakukan islah supaya bertukar keadaan, daripada jatuh kerana salah laku kepada perkara yang betul dan sahih, bukannya sekadar bertukar tangan yang membawa keburukan yang sama,” katanya.

BERITA BERKAITAN Perdana Menteri kongsi logo Malaysia Madani di media sosial

Katanya, Rasulullah SAW juga melarang pelantikan orang yang bernafsu rakus untuk meminta menjadi pemimpin kerana perbuatan tersebut menjauhkan hidayah dan pertolongan-Nya.

“Di sini menunjukkan bahawa mengambil alih kerajaan bukan sekadar mengambil tempat bagi merebut jawatan dengan keistimewaannya. Namun, kewajipan yang sepatutnya ialah menunaikan amanah Allah SWT bagi melakukan tashih (pembetulan) terhadap kerosakan yang berlaku, bukan berebut jawatan dan mengekalkan kerosakan atau menambah keburukannya,” katanya.

Katanya, keadaan politik sekarang menunjukkan berlaku perubahan yang lebih buruk; daripada Barsisan Nasional yang dahulunya berpenyakit kepada Pakatan Harapan yang lebih parah dengan pelbagai jenis penyakitnya.

“Apabila berlaku campuran dua kumpulan berpenyakit yang merosakkan perubahan dan menjadikannya lebih buruk, maka keadaan ini menunjukkan bahawa perjuangan menyelamatkan rakyat dan negara belum selesai.

“Akhirnya, wujud keadaan laksana menanam pokok yang dikelilingi musuh daripada kalangan makhluk perosak. Walaupun sudah tumbuh dan berbunga, musim bunganya tidak mendatangkan hasil kerana dirosakkan oleh musuh sekiranya terus dibiarkan. Janganlah kita menerima nasib yang sama sebagaimana ‘Arab Spring’ yang tidak berbuah dan reformasi di negara jiran yang masih belum selesai,” tambahnya.

Abdul Hadi seterusnya mengharapkan generasi muda yang membuat perubahan melalui PRU-15 baru-baru ini terus menjunjung konsep madani Ibn Khaldun dengan meneruskan perjuangan yang belum selesai bersama Perikatan Nasional.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This