Dua cedera, tiga kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Dari Penulis

Dua cedera, manakala tiga kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang di dua lokasi berasingan di ibu negara, ekoran hujan lebat petang tadi.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh Sohirol Rizal Madon berkata kejadian berlaku di Jalan 2/115A, Taman Pagar Ruyung dekat sini, melibatkan kereta jenis Perodua Aruz yang dinaiki seorang lelaki dan dua kanak-kanak serta sebuah kereta jenis Toyata Vios yang dipandu seorang lelaki.

Toyota Vios rosak selepas dihempap pokok tumbang. GAMBAR: Bomba KL

“Sebuah jentera bomba dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 5.05 petang dan mendapati pemandu kereta Perodua Aruz mengalami cedera ringan serta sesak nafas setelah kereta yang dinaiki dihempap pokok.

“Lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, manakala mangsa lain yang diselamatkan oleh orang awam tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam insiden berasingan, seorang wanita turut cedera selepas kenderaan jenis Proton Exora yang dipandunya dihempap pokok berhampiran Masjid Negara, Bukit Aman di sini pada 5 petang tadi.

Seorang wanita tersepit apabila Proton Exora yang dinaiki dihempap pokok tumbang. GAMBAR: Bomba KL

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah Omar Chekku berkata sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian pada 5.13 petang bagi membantu mengeluarkan wanita itu yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Wanita berusia 48 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok di kedua-dua lokasi kejadian sedang dijalankan anggota bomba dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Monday , 13 February 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This