Kegembiraan sekumpulan remaja lelaki bertukar tragedi apabila seorang rakan mereka yang juga remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam lemas, ketika mandi di Sungai Kombat, Felda Perasu semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Muhammad Fakhrul Imam Zulkepli, 16, bersama rakan-rakannya telah ke lokasi kejadian pada 4.30 petang.
“Kejadian berlaku apabila mangsa bersama rakannya Amir telah dihanyutkan ke tempat yang lebih dalam.
“Dua rakan lain berjaya menarik Amir naik ke tebing namun percubaan menyelamatkan mangsa menggunakan sebatang kayu tidak berjaya kerana kayu tersebut patah sebelum Muhammad Fakhrul tenggelam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel : Anggota komando dikhuatiri lemas ketika jalani kursus juruselam
Sik berkata mangsa kemudiaan ditemukan timbul, namun tidak sedarkan diri.
“Mangsa diberi bantuan awal pernafasan (CPR) oleh rakan-rakannya tetapi gagal. Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Klinik Peras dan telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat lemas,” katanya.
Sik berkata berdasarkan siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi, tidak terdapat unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
Friday , 10 February 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

