PANGLIMA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan pada Rabu melawat kilang pembuatan pesawat Hindustan Aeronautics Limited (HAL) di selatan India.
Beliau turut melawat lokasi pembuatan pesawat tempur ringan (LCA) Tejas HAL di Bangalore.
Dalam lawatan itu, Asghar turut menaiki kokpit Tejas untuk melihat lebih dekat peralatan yang terdapat di dalam pesawat itu.
Pegawai HAL turut menyampaikan taklimat mengenai kompleks itu dan kemudahan pengeluarannya, kata seorang pegawai Malaysia kepada Bernama.
Asghar berada di Bangalore untuk menghadiri pertunjukan penerbangan Aero India dari 13 hingga 17 Februari.
Pada Selasa, beliau mengadakan perbincangan dengan pegawai HAL mengenai perkhidmatan penyelenggaraan jet pejuang Sukhoi-30 buatan Rusia yang digunakan oleh Malaysia.
Mesyuarat panglima TUDM dengan pengurusan kanan HAL pula meliputi pertukaran kepakaran selain isu perkhidmatan SU-30 pada mesyuarat bersama syarikat Rusia pada Isnin.
HAL membina pesawat SU-30 MKI pelbagai fungsi menggunakan lesen daripada United Aircraft Corporation (UAC) Russia.
Semasa mengumumkan rancangannya untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur untuk memanfaatkan peluang perniagaan baharu di Asia Tenggara pada Ogos tahun lepas, HAL menyatakan minatnya terhadap program menaik taraf pesawat SU-30 TUDM.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

