Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke India-Pakistan – Tok Mat

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan dinasihatkan menangguhkan dahulu perjalanan ekoran pergolakan di antara negara tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut meminta rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan untuk menghubungi dan mengemas kini maklumat masing-masing di kedutaan atau pejabat konsulat.

“Lampirkan nombor untuk dihubungi beserta alamat, jika ada apa-apa keperluan, pihak kedutaan akan mudah menghubungi mereka.

“Rakyat yang berada di sana juga dinasihat untuk mengelak pergi ke daerah yang bermasalah terutama di Kashmir.

“Batalkan dulu apa juga perjalanan ke sana agar tidak menjadi mangsa atau terjejas jika terjadinya perkara-perkara tidak diingini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senawang 3, hari ini.

Baca artikel lain: 251 calon tawar diri bertanding Pemilihan PKR 2025 peringkat Pusat

Katanya, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan meminta kedua negara berkenaan untuk ‘standdown’ bagi mengelak keadaan tidak menentu dan situasi tegang berterusan berlaku.

“Malaysia risau dengan keadaan saling berbalas tembakan menggunakan dron dan roket, ini perlu dielakkan.

“Harap pemimpin kedua-dua negara memikirkan gambaran lebih besar daripada melihat situasi yang boleh menyebabkan hubungan dua negara terjejas,” katanya lagi.

Pada masa sama, Malaysia telah dengan jelas menyatakan pendirian meminta siasatan dan dikenakan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan keganasan hingga menyebabkan ramai terbunuh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This