Pelakon Raquel Welch meninggal dunia, popular menerusi filem One Million Years B.C & Legally Blonde

Dari Penulis

PELAKON Raquel Welch dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun, hari ini, selepas kesihatannya merosot sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan BBC News, Raquel atau Jo Raquel Tejada dilahirkan pada 1940 di Chicago dan mula melibatkan diri dalam dunia seni pada 1966 menerusi debut filem One Million Years B.C.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan, Raquel yang juga merupakan seorang model itu pernah bergandingan dengan barisan nama-nama besar Hollywood antaranya Frank Sinatra, John Huston, Burt Reynolds dan James Stewart.

Raquel juga pernah mememangi kategori Pelakon Komedi Terbaik di Golden Globe 1974 menerusi filem The Three Musketeers.

Malah, mendiang juga pernah berlakon bersama aktres Reese Witherspoon menerusi filem Legally Blonde pada 2004. Dia memegang watak sebagai Mrs. Windham-Vandermark.

Penglibatannya dalam industri kreatif telah membuatkan dia berlakon dalam 30 buah filem dan 50 rancangan televisyen.

Raquel berkahwin sebanyak empat kali dan suaminya yang terakhir iaitu Richard Palmer yang 14 tahun lebih muda daripadanya turut berakhir dengan penceraian pada 2008.

Meninggalkan dua orang anak, Damon Welch dan Tahnee Welch.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This