BAGAIKAN tidak pernah serik ditahan polis, seorang lelaki warga tempatan sekali lagi ditangkap buat kali keempat akibat salah guna ketum, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek sebelum ini pernah ditahan sebanyak tiga kali akibat salah guna ketum antara tahun 2017 hingga 2019.
Menurut beliau, suspek utama berusia 30-an itu dipercayai kembali aktif dua hingga tiga bulan kebelakangan ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek utama itu ditahan bersama-sama empat lagi lelaki dalam satu serbuan di Taman Medan, Rabu lalu.p
“Dalam serbuan pada pukul 6 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bertindak atas maklumat pemprosesan air ketum telah berjaya menahan lima lelaki berumur antara 23 hingga 37 tahun.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua buah bilik dalam rumah tersebut telah diubahsuai menjadi tempat memasak air ketum dan tempat penyimpanan daun ketum,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis rampas 243 kg daun ketum di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin memaklumkan, polis turut menemui satu tong ais berpenutup warna kuning yang di dalamnya terdapat 92 botol plastik lutsinar disyaki berisi air ketum.
Jelas beliau, anggaran berat keseluruhan 92 botol itu adalah 138,000 mililiter.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya turut menjumpai bungkusan plastik dipercayai daun ketum seberat 50 kilogram selain kelengkapan untuk memasak ketum.
Beliau berkata, ia termasuk empat dapur memasak, empat periuk memasak aluminium berpenutup bersaiz besar, empat tong gas memasak, dua penapis air aluminum, lapan penapis air jenis kain, satu gunting besi, satu jug plastik, satu sudip kayu, dua corong plastik, dua bakul plastik dan dua bekas plastik warna kuning.
“Hasil analisis mendapati rampasan daun ketum dan air ketum ini boleh dibekalkan kepada kira-kira 1,326 orang.

“Semua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama empat hari sehingga 18 Februari 2023 untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Pindaan 2022) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

