RAKYAT diseru memperbaharui tekad serta menginsafi ibrah daripada pengalaman junjungan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Dalam hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru umat Islam memperteguh akidah dan akhlak sebelum memikul kewajipan lebih rumit melibatkan kebajikan rakyat dan negara.
Menyingkap peristiwa perjalanan agung Israk dan Mikraj itu, Anwar berkata, ia merupakan suatu permusafiran ruhaniyyah yang dihadiahi Allah SWT kepada kekasihNya tatkala diuji berat dengan pemergian suri hati, Khadijah dan bapa saudara, Abu Talib.
Baca artikel berkaitan: PM solat Jumaat di Masjid Putra Perdana
“Maruah dihina dalam episod getir di Taif hampir menjatuhkan semangat junjungan Baginda, namun ternyata kembali pulih sepulangnya Baginda Nabi dari Sidratul Muntaha, sambil mengemban amanah baharu buat membebaskan umat dari belenggu kejahilan.
“Maka, bermulalah kewajipan solat lima waktu selaku tonggak perhubungan abadi antara hamba dengan penciptanya,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sambil mengenang peristiwa agung itu, Anwar mengajak umat Islam bangkit lebih bertenaga, memulihkan maruah serta meningkatkan martabat dan harakat rakyat.
“Semoga negara kita akan terus beroleh keredaan Allah SWT,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

