Perobohan kuil di Rawang berjalan baik, tiada insiden tidak diingini – KP Selangor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PROSES perobohan Kuil Sri Uchimalai Muniswarman di Taman Rawang Perdana, Rawang, awal pagi tadi, berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, seramai 10 orang penganut dan wakil dari pihak pengurusan kuil telah menjalankan kerja-kerja pemindahan kesemua empat patung berhala.

Katanya, pihak pemilik tanah juga telah memulakan kerja pembersihan tapak kuil tersebut pada awal pagi setelah segala urusan pemindahan selesai dilaksanakan oleh pihak pengurusan kuil.

“Polis mengingatkan semua pihak yang terlibat supaya terus menghormati saluran perundangan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menggugat keharmonian kaum serta agama.

“Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Shazeli menambah, pihak polis juga akan memantau ketat sebarang penularan maklumat di media sosial dan memberi amaran keras terhadap penyebaran kandungan berbaur 3R (agama, bangsa, diraja) yang boleh mencetuskan kegusaran awam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This