Kerajaan jangan sombong, dengarlah rintihan rakyat isu KWSP

Dari Penulis

KERAJAAN Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) diingatkan tidak sombong dengan kuasa yang ada sebaliknya menggunakan kuasa itu untuk membantu dan memanfaatkan rakyat.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, beliau sedih apabila rintihan rakyat terutama melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar ketika ini sudah tidak lagi mendapat perhatian.

“Nampaknya sejak duduk dengan BN, rakan-rakan PH telah terlupa agenda rakyat yang sering dilaungkan sebelum ini. PH sudah jadi sombong dan ‘detached’ daripada rakyat.

“Saya harap ‘kerajaan kayangan’ ini turun berpijak di bumi yang nyata dan segera bantu rakyat.

“Jangan sombong dengan kuasa yang ada. Gunakan kuasa untuk manfaat rakyat bukan untuk balas dendam kepada mereka yang lantang sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut mengingatkan bagaimana beberapa pertubuhan akar umbi dari seluruh negara sanggup menahan panas untuk berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri Jumaat lalu bagi menyampaikan memorandum rayuan mereka berkaitan KWSP.

Katanya, jika situasi tidak serius, sudah pasti mereka tidak berkumpul di tengah panas dan ia bukti bahawa situasi sekarang adalah mendesak.

Malah katanya, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk beliau telah banyak kali membangkitkan isu pengeluaran KWSP secara bersasar di Parlimen.

“Perlu ditegaskan permohonan kita adalah pengeluaran bersasar. Maksudnya kita boleh wujudkan peraturan untuk memastikan ada keseimbangan antara memenuhi keperluan hari ini dan memastikan kesejahteraan masa depan.

“Itulah peranan kerajaan yang sebenar, iaitu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat. Bukan menolak mentah-mentah apabila rakyat merintih ,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This