Memang ada perbezaan di antara mi kari Nyonya dan mi kari biasa. Gabungan empat bahan utama seperti buah keras, serai, daun kesum dan belacan yang membuatkan kuah karinya rasa berlemak. Itulah rahsia keenakannya yang membezakan di antara mi kari Nyonya dan mi kari biasa. Penggunaan serai dan daun kesum pula, membangkitkan aroma dan rasa. Keseimbangan rasa yang membuatkan kuahnya, luar biasa sedap. Boleh try resipi yang kami kongsikan ini… pasti terangkat!

Mi Kari Nyonya
BAHAN
1 paket mi kuning – celur
1 kg kerang
1 paket bebola ikan – belah dua
1 paket tauhu kering – belah dua
3 biji buah keras – tumbuk halus
3 tangkai daun kesum
Sedikit garam
Minyak masak untuk menumis
BAHAN TUMIS
4 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia
Sedikit belacan
BAHAN KUAH
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar cili kisar
500 ml santan
250 ml santan
BAHAN HIASAN
300 gm tauge
1 ikat sawi – celur
3 biji telur rebus
3 tangkai cili merah – hiris
5 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga garing.

4. Tuangkan santan dan air secukupnya. Biarkan mendidih.

5. Masukkan serai yang telah diketuk. Selepas itu, masukkan bebola ikan, tauhu kering dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan masak sehingga pecah minyak.

6. Akhir sekali, masukkan kerang dan daun kesum. Angkat dan hidangkan mi yang telah dicelur dengan bahan taburan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

