Bagi mereka yang gemar makan mi kari nyonya, resipi ini wajib anda cuba. Cara menyediakannya tidak sukar dan bahan-bahan mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 paket mi kuning | celur
2 kg kerang
1 paket bebola ikan | belah dua
1 paket tauhu kering | belah dua
3 biji buah keras | tumbuk halus
3 tangkai daun kesum
Sedikit garam
Minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMIS
4 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia
Sedikit belacan

BAHAN KUAH
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar cili kisar
500 ml santan
250 ml air
5 tangkai daun kesum

BAHAN TABURAN
300 gm tauge
1 ikat sawi | celur
3 biji telur rebus
3 tangkai cili merah | hiris
5 biji limau kasturi

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga garing. Diikuti dengan cili kisar, tumis lagi hingga pecah minyak.
3.Tuangkan santan dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan pula serai yang telah diketuk.
4.Selepas itu, masukkan bebola ikan, tauhu kering dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan masak sehingga pecah minyak.
5.Akhir sekali, masukkan kerang dan daun kesum. Angkat dan hidangkan mi yang telah dicelur dengan bahan taburan.

Resipi: Roseline Ahmad Anuar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram