Polis siasat kes gaduh libat Myvi, Bezza di Tuaran

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung pergaduhan melibatkan dua buah kereta di Jalan Berungis, Tuaran, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag. Maidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada salah seorang pemandu kereta yang terlibat.

“Siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian serta suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sejak petang tadi tular sebuah klip video memaparkan pergaduhan antara sebuah Perodua Myvi dan Bezza.

Baca artikel : Warga emas maut tercampak atas Myvi

Menerusi rakaman terbabit dapat dilihat pemandu Myvi bertindak melanggar pintu penumpang belakang sementara seorang lelaki daripada Perodua Bezza mengeluarkan senjata daripada kereta.

Malah, lelaki terbabit juga dilihat nyaris dilanggar sewaktu pemandu Myvi memecut melarikan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This