TheNoor menjejak bumi Indonesia, kerjasama dengan 5 NGO mudahkan amal jariah secara digital

Dari Penulis

THENOOR (Noor Luminous Sdn Bhd) hari ini mengumumkan kerjasama dengan lima badan bukan kerajaan (NGO) terkemuka Indonesia, Yayasan Dompet Dhuafa Republika, Yayasan Inisiatif Zakat Indonesia, Yayasan Panti Yatim Indonesia Al- Fajr, Yayasan Asar Humanity dan Yayasan Rumah Zakat Indonesia.

Kerjasama tersebut bertujuan untuk memudahkan umat Islam melakukan amal jariah secara digital seperti melakukan pembayaran ibadat zakat, wakaf, infaq dan sedekah melalui aplikasi mudah alih TheNoor.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, rakan kongsi baharu itu berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Indonesia melaksanakan kerja-kerja amal mereka melalui pendekatan yang lebih holistik dan bersepadu.

TheNoor akan memudahkan kutipan bayaran amal dalam talian bagi pihak lima rakan kongsi tersebut dan memastikan pengagihan yang terbaik untuk mereka.

Aplikasi TheNoor menawarkan umat Islam kaedah yang lebih dipercayai, lancar dan pantas untuk membuat pembayaran amal seperti sedekah atau derma sepanjang tahun. Ia juga menawarkan pendekatan yang telus menggunakan transaksi digital, memberikan jaminan kepada penderma bahawa sumbangan mereka disalurkan kepada penerima yang layak, justeru memberikan mereka lebih ketenangan fikiran.

Dengan fungsi kalkulator dalam aplikasi, penderma juga akan dapat mengira jumlah derma, zakat atau sedekah yang mereka lakukan dan seterusnya melakukan pembayaran serta-merta.

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif TheNoor, Mohd Izzairi Yamin berkata, TheNoor diharap akan membolehkan lebih ramai umat Islam di seluruh dunia melakukan komitmen amal jariah mereka melalui teknologi dan seterusnya mengubah serta memperkukuhkan ibadat dna iman mereka.

“Adalah menjadi kewajipan kepada setiap Muslim untuk menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik. Ia dilihat sebagai satu bentuk penyatuan sosial dan penyucian diri yang membolehkan kita menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.

“TheNoor ingin membantu memudahkan cara umat Islam untuk menunaikan amalan ini melalui aplikasi telefon bimbit. Dengan sentuhan jari, aplikasi itu memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk mengira jumlah bayaran dan menyempurnakan amal sedekah mereka.”

“Inilah sebabnya kami sangat gembira dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan Yayasan Dompet Dhuafa Republika, Yayasan Inisiatif Zakat Indonesia, Yayasan Panti Yatim Indonesia Al-Fajr, Yayasan Asar Humanity dan Yayasan Rumah Zakat Indonesia.

BERITA BERKAITAN Aplikasi TheNoor sasar kumpul dana RM5 juta melalui platform Ethis

“Memandangkan bulan Ramadan yang mulia semakin hampir, perkongsian ini adalah tepat pada masanya. Aplikasi TheNoor adalah mudah digunakan supaya lebih ramai umat Islam di Indonesia boleh membuat sumbangan amal mereka dari mana-mana dan pada bila-bila masa,” kata Mohd Izzairi.

Kerjasama dengan Yayasan Dompet Dhuafa Republika, Yayasan Inisiatif Zakat Indonesia, Yayasan Panti Yatim Indonesia Al-Fajr, Yayasan Asar Humanity dan Yayasan Rumah Zakat Indonesia menandakan jejak TheNoor telah memasuki pasaran Indonesia dan ia merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan global mereka yang berterusan.

Selaras dengan strateginya untuk memanfaatkan pasaran yang berkembang pesat, kemasukan TheNoor ke Indonesia akan mengukuhkan pencapaian pertamanya dalam rancangan pertumbuhan perniagaan akan datang selepas mencatat kejayaan dalam pusingan pengumpulan dana pada Oktober 2022.

Pengarah Penyumberan Mobilisi Yayasan Dompet Dhuafa Republika, Etika Setiawanti berkata: “Jumlah pengguna telefon pintar di Indonesia dijangka mencecah 269 juta menjelang 2028.

“Dengan semakin ramai orang beralih kepada penyelesaian digital melalui aplikasi mudah alih yang selamat, laju dan kemudahan dipertingkatkan, TheNoor pasti akan memudahkan amalan sedekah untuk rakyat Indonesia, terutamanya apabila ia dilengkapi alat pengiraan yang akan meyakinkan mereka untuk membayar dalam jumlah yang betul mengikut undang-undang Islam Indonesia.”

Ketua Pegawai Pemasaran Yayasan Rumah Zakat Indonesia, Didi Sabir pula berkata: “Umat Islam yang ingin melaksanakan sumbangan amal sebelum ini memerlukan sedikit usaha kerana mereka perlu mengunjungi pusat-pusat pengumpulan derma hampir setiap bulan bagi membuat sumbangan.

“Bagaimanapun dengan TheNoor, keseluruhan proses boleh diselesaikan dalam masa kurang seminit. Ini menjadikan ibadat derma dapat dilakukan dengan lebih mudah, menggalakkan lebih ramai penderma menderma, seterusnya meningkatkan sumber kewangan kami agar kami dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan, dan sekali gus meningkatkan keberkesanan aktiviti kami.”

Sejak dilancarkan pada Januari 2021, TheNoor telah memperoleh hampir 6 juta muat turun di Google Play dan Apple App Store, memperkasakan lebih 2.8 juta pengguna berdaftar. Selain membantu pengguna mencapai komitmen rohani mereka, aplikasi itu akan mendekatkan umat Islam kepada agama melalui pembelajaran berterusan dan pendedahan kepada ajaran Islam melalui kaedah yang lebih segar, mudah diakses, interaktif dan individu.

Aplikasi super gaya hidup Islam Malaysia yang pertama itu dibangunkan bertujuan untuk membantu lebih ramai umat Islam di seluruh dunia menjalani gaya hidup holistik melalui pelbagai ciri dalam aplikasinya, yang termasuk pengesanan lokasi masa nyata untuk mencari masjid berdekatan, arah kiblat, jadual waktu solat, pengesanan pembayaran Zakat dalam masa nyata, algoritma Faraid terbina dalam untuk pembahagian harta dan maklumat cuaca.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This