KERAJAAN Perpaduan bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan terus menyedikan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederahan (PMKS).
Jelas beliau, nilai keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan itu adalah mencecah RM40 bilion.
“Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.
“Bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME), hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Antaranya untuk meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.
Baca lagi: Belanjawan 2023: Cukai Barangan Mewah, duti eksais produk vape
Anwar menambah, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) juga sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90 peratus.
Jelas beliau, jaminan juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi supaya dapat memberi manfaat khusus kepada penjaja kecil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

