PERUNTUKAN RM5 bilion bagi usaha mentransformasi sektor pertanian bakal merevolusi serta merancakkan lagi industri padi dan beras negara dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan sekali gus menaik taraf hidup pesawah.
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu juga bakal merancakkan pertumbuhan dan penggunaan teknologi baharu yang dapat menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.
“Pengumuman ini merupakan satu langkah yang bertepatan dan seiring dengan usaha BERNAS sebagai syarikat peneraju di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dalam memajukan industri padi dan beras tempatan negara,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel lain: Jangan biarkan kaunter itu tidak berpenghuni…
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 mengumumkan kerajaan merancang beberapa projek mega dalam sektor pertanian termasuk projek raksasa tanaman padi fasa pertama dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM5 bilion.
Kenyataan itu menyebut BERNAS melalui program SMART SBB telah mula mengadaptasikan penggunaan internet pelbagai benda (IoT) dan mekanisasi moden selari dengan usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memacu produktiviti padi negara.
BERNAS juga sedang membangunkan sistem pengurusan perladangan bagi memantau sawah berskala besar dengan lebih efisien yang turut dibantu dengan sistem pengesanan awal penyakit dan serangan padi.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

