Belanjawan 2023: Isi rumah kurang RM2,500 layak terima STR hingga RM2,500

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ISI rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan sehingga RM2,500 itu bergantung kepada bilangan anak.

Kata beliau, beberapa pembaharuan itu diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

“Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: RM725 juta diperuntuk percepat projek JENDELA

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, secara keseluruhan, Sumbangan Tunai Rahmah akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40 tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.

“Akhir sekali, tidak dilupakan kepada dua juta orang belia 18 hingga 20 tahun, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This