“Berdosa buka aib suami kepada umum. Jika marah atau hendak berpisah, teruslah ke pejabat agama…,” – Che Ta

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Rozita Che Wan meminta golongan wanita berhenti menjadikan media sosial sebagai platform berkongsi masalah rumah tangga.

Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, perkara tersebut hanya membuatkan masalah bertambah besar selain ia juga membuka pekung pasangan dan diri sendiri.

“Saya tak setuju bila golongan wanita kongsi masalah rumah tangga dalam media sosial. Ia secara tak langsung mengaibkan suami.

“Ibarat tepuk air dalam dulang tapi terpercik pada muka sendiri. Walau geram macam mana sekali pun dengan pasangan, tak perlulah kongsi dalam media sosial.

“Kalau dah geram sangat mungkin boleh taip panjang lebar dalam WhatsApp kepada pasangan kemudian padam. Kita akan rasa lega bila dah luahkan semuanya.

“Berdosa buka aib suami kepada umum. Jika marah atau hendak berpisah, teruslah ke pejabat agama,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai muse Angsa Emas Jewellery di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Che Ta memuji tindakan Mizz Nina yang tidak pernah berkongsi atau mengaibkan pasangan sebelum mengumumkan dirinya sudah bercerai dengan penyanyi Noh Salleh dalam media sosial.

Malah kata Che Ta lagi, sebelum membuat sebarang tindakan, golongan wanita perlu fikir dengan wajar kesan yang akan diterima dibelakang hari.

“Saya tabik dengan cara Mizz Nina…terus ke pejabat agama. Tak perlu nak kongsi masalah rumah tangga dalam media sosial untuk semua orang tahu.

“Kalau marah pada suami, kenapa nak kena beritahu 50 juta orang tengok dan baca luahan itu? Kenapa tak marah saja suami itu?

“Kalau luahkan dalam media sosial pun belum tentu orang yang kita tujukan itu akan baca. Ia akan timbulkan persepsi buruk dan fitnah kepada kita. Orang akan cakap kita tak pandai jaga pasangan,” ujarnya.

Che Ta juga menempelak golongan isteri yang meletakkan kesalahan terhadap orang ketiga atau penyondol berbanding suami sendiri setiap kali berlakunya konflik rumah tangga.

“Saya tak suka bila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula salahkan perempuan itu.

“Dalam hal ini, kedua-duanya salah. Tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi.

“Kenapa nak serang perempuan (orang ketiga)? Serang atau tumbuklah suami sendiri sebab suami mereka taklah baik sangat…dah dia yang menggatal!,” luahnya.

Che Ta juga sempat berkongsi tips kebahagian rumah tangganya dengan Zain Saidin yang sudah memasuki 10 tahun perkahwinan.

Jelasnya, kejujuran dan kepercayaan antara pasangan adalah ‘tiket’ untuk menjadikan hubungan suami isteri itu kekal bahagia.

Malah, Che Ta juga tidak akan memberi peluang kedua sekiranya mengetahui Zain terjebak dengan isu curang.

“Kalaulah suami saya curang, saya yang tumbuk muka dia…bukan tarik tudung atau serang perempaun itu.

“Suami yang gatal kalau tak, takkan kedua-duanya sama naik. Sebab itulah saya dah pesan dengan Zain, kalau dia curang, saya akan marah Zain bukan naik hantu dengan perempuan itu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This