Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang

Dari Penulis

Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Ipoh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian lemas itu pada 6.10 petang.

“Pihak kami telah menyiasat lokasi kejadian dan mendapati dua beradik berumur sembilan dan lapan tahun yang berasal dari Ipoh didapati lemas semasa berenang di dalam kolam tersebut.

“Mangsa yang merupakan seorang kakak dan adik lelaki itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini oleh ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya memaklumkan bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas dalam air, hasil daripada proses bedah siasat yang selesai dijalankan pada hari ini.

Baca : Mayat budak lemas ditemui tersangkut pada dahan pokok tumbang

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) iaitu mengabaikan, mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

“Orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti yang mungkin mendatangkan bahaya bagi mengelakkan berlaku sebarang tragedi tidak diingini,” tambahnya.

— BERNAMA

Monday , 27 February 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This