POLIS menahan enam lelaki yang bertindak menyerang seorang lelaki menggunakan parang di sebuah kedai makan Jalan Senai Utama, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 1.30 pagi.
Beliau berkata, mangsa berusia 44 tahun yang mengalami kecederaan di perut dan kepala telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Keenam-enam suspek berusia 23 hingga 42 tahun ditahan di kawasan Senai pada kelmarin dan semalam.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada selisih faham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Berang dihalau selepas buat bising, dua lelaki tetak pekerja restoran guna parang
Jelasnya, suspek direman selama empat hari sehingga Khamis di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Azri di talian 010-7647789.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

