Tiga bulan tidak berparti, Annuar Musa mahu kembali

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS kira-kira tiga bulan tidak lagi berparti ekoran dipecat UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan hasrat untuk kembali meneruskan perjuangan politik secara berparti.

Hasrat itu dinyatakan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Annuar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas parti politik mana yang mahu disertainya selepas ini.

Namun begitu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memaklumkan akan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangannya.

Kata beliau, parti yang disertainya selepas itu juga mestilah benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu) saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya, sehinggalah saya dibuang dari parti tersebut Disember lalu.

“Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

Baca artikel berkaitan: Punca sebenar kekotoran masih terpaut dalam UMNO – Annuar Musa

“Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya dan parti yang benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Disember lalu, Annuar merupakan antara tiga ahli UMNO yang dilucutkan keahlian hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Selain bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, turut dilucutkan keahlian ketika itu adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yassin.

Tindakan pelucutan keahlian itu adalah mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO selepas ketiga-tiga mereka didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO yang juga berkaitan tata etika ahli.

Annuar kemudiannya menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) yang turut disertai beberapa ahli politik lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This