Zambry tarik diri tanding Naib Presiden UMNO, hanya pertahan jawatan MKT

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIDAK sampai 24 jam selepas tempoh pendaftaran ditutup secara rasmi petang semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO akan datang.

Bagaimanapun, Zambry yang juga Menteri Luar memaklumkan bakal mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi pemilihan penggal 2023 hingga 2026 itu.

Menurut Zambry, beliau mengambil keputusan menarik diri itu setelah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan parti.

Beliau berkata, tugas sebagai Menteri Luar memerlukannya memikul banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa.

“Ia juga sekali gus membawa imej UMNO yang saya wakili dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pada masa yang sama, sebagai Setiausaha Agung BN, saya mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan BN dan juga antara parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Zambry turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada ahli UMNO di bahagian-bahagian yang telah menyatakan sokongan kepadanya sebelum ini.

“Semoga anda semua akan terus dapat memberi sokongan kepada saya dan sama-sama kita mengembalikan kegemilangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanah air.

Baca artikel berkaitan: Lapan pemimpin sah rebut jawatan Naib Presiden UMNO

“Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang bertanding pada pemilihan parti kali ini,” jelas beliau.

Penarikan diri Zambry yang juga bekas Menteri Besar Perak itu menyaksikan jawatan Naib Presiden ketika ini akan menyaksikan persaingan antara tujuh pemimpin bagi merebut tiga kerusi.

Dua penyandang kembali untuk mempertahankan jawatan tersebut iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Seorang lagi penyandang iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mengesahkan tidak bertanding pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, lima lagi calon lain adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan satu-satunya calon wanita iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said.

Proses pendaftaran pencalonan bagi Pemilihan UMNO 2023 berakhir semalam setelah dibuka sejak 13 Februari lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This