Penunggang motosikal patah jari kaki dirempuh Wira langgar lampu merah

Dari Penulis

SEORANG pekerja perkhidmatan pelanggan patah jari kaki selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Batu Unjur, Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kemalangan pada pukul 6.50 petang itu berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Wira.

Beliau berkata, pemandu Wira yang dalam perjalanan dari Pandamaran ke Taman Sentosa tidak berhenti semasa lampu isyarat bertukar merah.

“Pemandu Wira kemudian melanggar penunggang motosikal, A. K. Jonathan yang dalam perjalanan dari Taman Chi Liung ke Bukit Tinggi.

“Mangsa yang mengalami kecederaan patah jari kaki kanan dan luka di belakang badan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Wanita cedera parah selepas kerbau melambung atas kereta

Jelasnya, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This