GEG mesti diteruskan, pemain industri diselar agar tidak pentingkan diri – MyWATCH

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DASAR Generasi Penamat (GEG) yang dilhamkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mesti diteruskan oleh kerajaan sekarang demi kebaikan generasi masa depan negara.

Pada masa sama, kerajaan juga wajar melaksanakan duti eksais tinggi terhadap produk rokok elektronik, selain mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dalam memastikan matlamat GEG tercapai.

Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Roslizawati Md Ali menegasnya, cara ini dapat memastikan harga dan kemampuan membeli dalam kalangan kanak-kanak serta remaja disekatkan.

Beliau juga berharap, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau segera dibawa ke Parlimen dan diluluskan dalam membentuk masyarakat Madani – ikhtiar yang jelas dan terang untuk melindungi generasi akan datang.

MyWATCH turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkenaan sokongan terhadap ikhtiar KKM dalam melaksanakan peruntukan larangan merokok kepada generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

“Saya merasa sungguh kesal selama ini masalah merokok terutama rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sukar dikawal dan telah semakin menular.

“Kita boleh nampak dengan jelas, anak-anak muda ini tanpa segan silu menggantungkan rokok elektronik di leher mereka. Lebih menjengkelkan lagi apabila mereka dengan bangganya menghembuskan wap rokok elektronik.

“Larangan yang lebih dikenali sebagai Generasi Penamat atau GEG adalah bertepatan untuk melindungi golongan generasi akan datang daripada terjebak dengan kegiatan buruk merokok ini.

Baca artikel lain: Kerajaan Perpaduan komited realisasikan MA63 – Fadillah

“MyWATCH berpendapat sokongan kerajaan terhadap pelaksanaan GEG adalah penting bagi melindungi kanak-kanak dan remaja dan ia sememangnya menjadi keutamaan kerajaan…melahirkan generasi lebih sihat dan produktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC) berkaitan GEG tidak sepatutnya diteruskan kerana akan memberi kesan kepada perniagaan tempatan, Roslizawati menyifatkannya sebagai mementingkan diri.

Katanya, MVCC perlu cakna dan sensitif kerana pelaksanaan GEG hanya melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Katanya lagi, kajian yang dijalankan oleh KKM menunjukkan jumlah pengguna rokok elektronik yang tidak tergolong dalam kumpulan generasi ini adalah lebih kurang sejuta orang.

Oleh itu, ujarnya, mana mungkin industri ini akan rugi kerana mereka masih mempunyai pelanggan dengan jumlah yang besar.

“Perlu ditekankan, kajian mendapati beban kesihatan jauh mengatasi pendapatan. Kajian statistik 2020 menunjukkan jumlah kutipan RM2.7 bilion revenue, tidak dapat menampung beban tiga jenis penyakit sebanyak RM6.21 bilion, apatah lagi penyakit-penyakit sampingan merokok keseluruhannya.

“Peningkatan peratusan penggunaan rokok elektronik yang semakin kritikal, di mana keseluruhan pengguna rokok elektronik dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 9.8 peratus pada tahun 2017 kepada 14.9 peratus pada tahun 2022; peningkatan yang amat membimbangkan,” tegasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This