Dewan Rakyat kecoh, Poay Tiong sebut ‘anak menantu Pagoh’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SIDANG Dewan Rakyat bagi membahaskan usul Belanjawan 2023 kecoh seketika selepas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong didakwa mengeluarkan kenyataan ‘anak menantu Pagoh’ merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada awal perbahasan itu, Poay Tiong membangkitkan tentang penekanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang keperluan membanteras rasuah dan ketirisan.

Beliau berkata, skandal demi skandal telah dibongkarkan sejak tiga bulan lalu termasuk projek Jana Wibawa, tebatan banjir dan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang didakwa diberikan kepada ‘anak menantu’.

Ucapan tersebut membuatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencelah dengan mahu Poay Tiong mengulangi kenyataan itu supaya tindakan boleh diambil terhadapnya.

Poay Tiong kemudiannya mengatakan perkara tersebut sudah diketahui seluruh negara dan beliau juga telah membangkitkan tentang perkara itu sebelum ini dalam Dewan Rakyat.

Beliau seterusnya meminta pembangkang khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) merujuk kepada hansard Dewan Rakyat.

Situasi itu membuatkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) bangun dan menegaskan Poay Tiong telah menimbulkan sangkaan jahat terhadap Muhyiddin kerana menyebut ‘Pagoh’ sambil merujuk Peraturan 36(6).

“Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap sesiapa. Disebut ‘Pagoh’ secara individu.

Baca artikel berkaitan: Saya bukan suspek, dipanggil SPRM bagi lengkap siasatan – Muhyiddin

“Saya minta tarik balik atau minta maaf. Kalau berani tuduh di luar, kita jumpa di mahkamah,” tegas Awang.

Poay Tiong seterusnya mengatakan beliau hanya mengatakan apa yang telah dilaporkan di dada akhbar.

“Kita semua sudah tahu telah disiarkan dalam surat khabar bahawa SPRM sekarang tengah menyiasat anak menantu Pagoh,” katanya.

Situasi menjadi semakin tegang apabila beberapa ahli Parlimen PN termasuk Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan wakil rakyat DAP itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau kemudiannya memberi laluan kepada Muhyiddin untuk mencelah.

Pengerusi PN itu sekali lagi menafikan beliau terlibat dalam pemberian kontrak NIISe dan menyifatkan ia sebagai tuduhan fitnah.

“Saya dah jelaskan sewaktu berucap sebelum ini. Saya dah sebut ia adalah pembohongan, fitnah, tak betul dan satu tuduhan berat.

“Tuduhan itu nak menjatuhkan maruah saya dan maruah keluarga,” jelas beliau.

Alice mengarahkan Ahli Parlimen Kota Melaka itu supaya menarik balik kenyataan dan menyusun semula perkataan dalam ucapannya.

“Kota Melaka boleh sebut mana-mana pihak tetapi jangan sebut Yang Berhormat Pagoh sahaja,” katanya dan dipatuhi Poay Tiong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This