Siasatan kes sarjan dengan kesan tembakan tiada unsur jenayah

Dari Penulis

Siasatan terperinci yang dijalankan berhubung kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, George Town pada 19 Feb lepas tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata berdasarkan laporan bedah siasat ke atas sarjan itu dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian mendapati, ia konsisten dengan dapatan pertama siasatan iaitu ia adalah tindakan bunuh diri.

“Kita dah jalankan siasatan secara terperinci dan dah tengok daripada unsur jenayah memang tiada (kes itu), kesan bedah siasat dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian juga konsisten dengan dapatan pertama kita, bahawa ia adalah tindakan bunuh diri.

“Saya rasa kes ini tidak ada lagi spekulasi, sama ada ia ada elemen jenayah dan sebagainya…siasatan kita di situ sahaja (bunuh diri) dan seterusnya kami akan hantar (laporan lengkap) untuk mohon inkues,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baca artikel : Anggota polis parah ditetak

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun, yang bertugas di balai berkenaan dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata tiada sesiapa atau anggota polis yang sedang bertugas semasa kejadian itu, melihat atau nampak insiden tersebut namun ada dalam kalangan mereka yang mendengar bunyi tembakan tersebut.

Beliau berkata anggota polis yang mendengar bunyi tembakan itu terus ke lokasi, untuk melihat sebelum mendapati sarjan tersebut telah meninggal dunia.

“Kawasan tempat kejadian itu tiada kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan semasa kejadian, memang tiada sesiapa yang nampak namun ada yang mendengar tembak dan terus ke lokasi, sebelum mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Kami telah panggil tiga anggota polis untuk direkodkan keterangan bagi bantu siasatan kes itu dan setakat ini memang tiada elemen jenayah setakat ini,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata sarjan tersebut merupakan seorang yang mesra dan menyenangkan, malah mengikut anggota polis di bawahnya juga mereka,beliau seorang yang mudah bekerjasama serta senang bekerja.

— BERNAMA

Wednesday, 01 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This