Tiada unsur ‘gangsterisme’ dalam pemilihan UMNO – JPU

Dari Penulis

JAWATANKUASA Pemilihan UMNO (JPU) menafikan wujudnya unsur-unsur gangsterisme dalam saingan pemilihan parti bagi penggal 2023-2026.

Setiausaha JPU, Datuk Mustapha Yaakub berkata, setakat ini unsur-unsur sebegitu belum pernah berlaku kerana pertandingan jawatan dilakukan sebagai sebuah keluarga.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya cerita-cerita yang mengatakan wujud perkara seumpama itu dalam pemilihan parti.

“Jangan percaya dengan mana-mana cerita sebegitu kerana dalam UMNO tidak pernah berlaku ugutan, unsur-unsur gangsterisme, pukul atau perkara seumpamanya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat khas JPU Terengganu di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu pada Rabu.

Baca artikel lain: Pemilihan UMNO: Saarani ingat jangan londehkan sesama sendiri

Mustapha percaya calon-calon yang tewas tidak akan bertindak meninggalkan parti sekali pun tidak menjawat apa-apa jawatan dalam parti.

“Kita bertanding dalam satu keluarga dan saya cukup yakin bahawa calon yang tewas nanti akan berlapang dada dan tetap bersama dalam UMNO,” katanya.

Sementara itu, Mustapha yang juga Setiausaha Agung Veteran UMNO berkata, pemilihan UMNO kali ini yang menyaksikan penyertaan lebih 11,000 calon bertanding disifatkan antara yang tertinggi.

Ujar beliau, perkembangan itu membuktikan amalan demokrasi dalam parti tersebut masih subur.

Beliau memberitahu, ia menjadi penanda aras bahawa UMNO masih mempunyai ramai pemimpin pelapis muda yang berbakat untuk merebut jawatan di peringkat pusat, bahagian dan tiga sayap parti.

Bagaimanapun, Mustapha berkata, wujud sedikit kebimbangan sama ada mereka yang muncul kembali benar-benar ikhlas atau mempunyai niat lain.

“Bagi yang benar-benar setia dan ikhlas dengan parti itu tiada masalah dan tiada apa yang hendak dibimbangkan.

“Cuma kita takut, adakah mereka ini yang kembali kepada UMNO dengan ikhlas atau tidak atau mempunyai niat yang tidak elok,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This