Pemilihan UMNO: Saarani ingat jangan londehkan sesama sendiri

Dari Penulis

CALON yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian di Perak diingatkan supaya jangan bertindak melondehkan sesama sendiri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mereka hanya perlu menawarkan diri untuk memberi khidmat kepada parti.

“Kalau ada manifesto, barangkali boleh sebutlah apakah yang akan kita buat kalau kita diberi mandat tanpa perlu kita menyindir, tanpa perlu kita melukakan hati orang, tanpa perlu kita menidakkan jasa yang telah dibuat oleh orang lain.

“Sebab kita ada kelemahan dan kelebihan. Jadi itulah sebaik-baiknya kita nak memimpin. Dan ingatan saya sekali lagi, jangan kita saling melondehkan antara satu sama lain,” katanya seperti dilapor Awani.

Baca artikel lain: Anwar diberi sambutan rasmi di Istana Malacanang

Beliau ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Bulan Wanita Perak 2023 dan Penyerahan Geran Penerbitan Ilmiah Perak Sejahtera 2030 di Pejabat Menteri Besar di Ipoh, pada Rabu.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, UMNO membenarkan setiap ahlinya untuk menawarkan khidmat khidmat masing-masing.

Terdahulu, beberapa pemimpin muda di Perak telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian, antaranya di Tambun dan Bukit Gantang.

Dalam pada itu, Saarani menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong, bersama-sama Timbalan, Datuk Tarmizi Idris dan Naib, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This