SEORANG kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini, Pekan dekat Kuantan, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud menerusi kenyataan hari ini berkata mangsa, Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, dipercayai hilang pada 2.50 petang.
Baca lagi: Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat yang bermula petang semalam turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan selain dibantu orang awam melibatkan kawasan sejauh 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.Â
Katanya, operasi bersambung pagi ini, selepas ditangguhkan pada 11 malam tadi ekoran keadaan cuaca dan persekitaran yang gelap.Â
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

