VS WANITA : Isu perwarisan harta antara Hibah, Faraid dan Wasiat. Isteri gila harta?

Dari Penulis

Isu perwarisan harta pusaka seringkali menjadi perbalahan dan salah faham. Apabila berlaku sahaja kematian, ramai waris bertindak mendiamkan diri kerana bimbang dituduh gila harta. Kata orang ‘kubur masih merah, sudah sibuk nak bahagikan harta.’

Namun tahukah anda, ini antara perkara penting untuk diuruskan sejurus berlaku kematian bagi melangsaikan hak si mati! Hak si mati harus diutamakan sebelum hak waris. Antara hak si mati ialah hutang yang ditinggalkan oleh arwah, kemudian tuntutan harta sepencarian oleh pasangan yang ditinggalkan, pembahagian wasiat 1/3 daripada jumlah harta dan selepas itu barulah baki harta akan dibahagikan mengikut faraid.

Episod VS WANITA kali ini merungkai persoalan mengenai hibah, harta pusaka, faraid dan wasiat oleh Nur Zairina Muzaini, Speaker Perwarisan Harta Islam. Malah Zairina akan mengupas isu isteri acapkali dituduh sebagai gila harta apabila meminta si suami menghibahkan harta sewaktu masih hidup.

Masyarakat juga harus dididik untuk faham akan proses pengurusan harta sebelum pergi ke tuntutan faraid. Malah pelepasan hak faraid oleh waris juga bukan bermakna mereka terlepas daripada tanggungjawab kepada anak-anak si mati.

Ikuti temubual VS Wanita – Isu perwarisan harta antara Hibah, Faraid dan Wasiat. Isteri gila harta?


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This