Anggota polis buat pusingan U disaman selepas dilanggar Myvi

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengeluarkan saman terhadap anggotanya yang memandu Honda Civic selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan PJS 3/9, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, saman itu dikeluarkan kerana anggota terbabit cuai ketika memandu.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12.18 tengah hari.

Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan MPV polis itu sedang melakukan tugasan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Petaling Jaya.

Baca : Anggota polis disaman selepas aksi guna telefon sambil memandu tular

“Anggota terbabit yang memandu di lorong kiri telah membelok ke kanan dan membuat pusingan U sebelum dilanggar Perodua Myvi yang berada di lorong kanan jalan.

“Pemandu Myvi yang tidak sempat mengelak telah melanggar sisi kanan kenderaan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melakukan tindakan yang melanggar peraturan jalan raya sehingga membahayakan nyawa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This