SEORANG anggota polis disaman gara-gara menggunakan telefon ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan pukul 9 pagi semalam ketika dalam perjalanan menghala ke Petaling Jaya.
Anggota itu disaman selepas aksinya menggunakan alat komunikasi itu tular di TikTok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan video tersebut tersebut pada pukul 8.28 malam tadi.
Katanya, ketika kejadian anggota itu sedang memandu kenderaan jenis Proton Preve dengan nombor pendaftaran VCH 2472.
Baca artikel berkaitan: Pemandu halang laluan ambulans ada masalah pendengaran
“Anggota polis terbabit telah dipanggil dan saman dikeluarkan di bawah Kaedah 17(A) LN166/59,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

