Polis buru empat lelaki samun berparang dekat Taman Sri Andalas, Klang

Dari Penulis

POLIS kini memburu empat lelaki yang terlibat dalam kejadian samun berparang di sebuah rumah banglo di Taman Sri Andalas, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pukul 8.45 pagi, empat suspek yang menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran palsu telah berhenti di hadapan rumah banglo tersebut

Beliau berkata, empat suspek yang bertopeng, bersarung tangan dan bersenjata parang telah masuk ke dalam rumah dengan melalui pintu hadapan.

“Ketika kejadian terdapat seorang lelaki dan dua wanita masing-masing berusia 46 hingga 88 tahun di dalam rumah.

“Suspek telah mengarahkan kesemua mangsa duduk di dalam bilik utama sambil diawasi oleh dua orang suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis buru lima lelaki samun berparang di Taman Petaling, Klang

Jelasnya, salah seorang suspek juga telah mengambil rantai leher yang dipakai mangsa dan menyelongkar bilik serta beg tangan mangsa.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan dengan menaiki kenderaan yang sama.

“Semakan mendapati beberapa barang kemas bernilai RM24,000, wang tunai RM800 dan sebuah telefon bimbit jenis iPhone telah hilang.

“Anggaran kerugian bernilai RM25,000,” katanya.

Hoong Fong berkata, mangsa mengalami kecederaan di jari kelingking kiri akibat menahan pintu semasa suspek cuba masuk ke dalam rumah.

Jelasnya, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan menemui beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan

Polis kini masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 0333762222 atau balai polis yang berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This